Bolehkah ?
Dialog ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang hamba Allah: Rah(nama palsu), Gi(nama palsu)
Rah : Gi , kalau aku nak tanya kau sikit boleh tak ?
Gi : Apa?
Rah : Kenapa kau tak pakai tudung ?
Gi : Sukahati akulah.
Rah : Pakailah tudung Gi nanti aku juga yang berdosa sebab tak nasihatkan kau.
Gi :Sukahati akulah . Lagipun kubur kita kan lain-lain.
Rah : Okay , sukahati kaulah ,aku cuma tak nak nanti kalau kubur kau sebelah kubur aku , kau
menjerit-jerit terpekik terlolong.
HA ?? KUBUR LAIN-LAIN??
Kenapa nak tanya lagi sedangkan sudah tahu bahawa memakai HIJAB memanglah sesuatu yang wajib bagi
wanita ISLAM.
Tetapi kenapa sampai sekarang masih ada yang teragak-agak dan banyak beri alasan yang rasanya tidak munasabah sama sekali .
Apatah lagi yang beri alasan dan kenyataan "Pki tudung itu panaslah " ?????? .
Pelik tapi itulah kenyataannya yang kita semua pun dah masak sangat dengan jawapan orang yang macam ini.
Bukanlah sesuatu perkara yang susah kita nak tunaikan .
Tapi kebanyakannya sekarang ini ramai yang ibubapanya tidak mendorongnya memakai tudung.
Kenapa aku berani cakap macam ini kerana BERANI KERANA BENAR.
Cuba bayangkan kita solat khusyuk tapi kenapa memakai tudung tidak khusyuk.
Macam solat juga , kalau solat kita tak fikir perkara lain itu namanya khusyuk tapi kalau solat kita fikir benda
lain itu namanya tak khusyuk,kan?
Sama macam bertudung,kalau kita bertudung teragak-agak sebab fikir apa orang akan cakap kepada kita itu
bukan khusyuk tapi kalau kita pakai tudung untuk menunaikan kewajipan sebagai muslim itu baru dinamakan khusyuk.
Janganlah sampai Allah menutup pintu hidayah kita . AMIN.
P/S: *Sesiapa yang rasa "Kenapa kau sibuk jaga tepi kain orang ,jaga diri kau sendiri sudahlah!"Bukankah
jaga tepi kain orang itu ambil berat tentang orang lain?Dan aku rasa perkara ini sama sekali tidak menyentuh hal peribadi orang lain.
*Sesiapa yang berani melanggar hukum Allah kalau bukan orang kafir sahaja? Kau orang kafir ke ?
"SIAPA YANG MAKAN CILI TERASALAH PEDASNYA"
Comments